CIDB Major Project Award 2003

Updated : 13/09/2002

Click here to view the:-
English Version Photo Gallery
 

Pusat Konvensyen Putrajaya
 “Satu Mercu Tanda Negara” 

IJM Boleh!

 
 

“Saya begitu berbangga kerana Pusat Konvensyen yang mengkagumkan ini dapat disiapkan lebih awal dari yang dijadualkan. 

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Putrajaya Holdings, Hijjas Kasturi (Arkitek) dan Kontraktor Utama, IJM. 

Tentunya ramai pihak yang terlibat memainkan peranan bagi menjadikan projek ini satu realiti.  Walaubagaimanapun saya merasakan ketiga-tiga pihak diatas menyumbangkan peranan yang begitu besar dan mereka layak mendapat sanjungan sewajarnya.” 

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia

 

 

Terletak di “Puncak Selatan”  iaitu puncak yang tertinggi di Putrajaya, Pusat Konvensyen Putrajaya bukan sekadar satu mercu tanda tetapi merupakan satu ikon kepada negara.  Ianya merupakan sebuah pusat konvensyen yang bertaraf antarabangsa dilengkapi kemudahan konvensyen yang canggih yang terletak di Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. 

Upacara penyerahan projek oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. kepada kerajaan Malaysia pada Jun 2003 merupakan saat yang membanggakan IJM. 

Projek ‘fast track’ ini telah dianugerahkan kepada IJM pada Jun 2001.  Berekabentuk kontemporari, dengan jangkamasa pembinaan yang singkat dan rekabentuk yang fleksibel merupakan satu cabaran besar kepada IJM.  Ini terutamanya dapat dilihat dari pembinaan Dewan Banquet (yang menjangkau 70 meter menjadikannya salah satu yang Dewan Banquet tanpa-tiang yang terbesar di Malaysia yang hanya menggunakan kerangka konkrit dan struktur besi) and bagi Dewan Plenary (yang menjangkau 80 meter yang tanpa-tiang).  7,500 tan struktur besi telah digunakan di dalam pembinaan projek ini.  Kejayaan pembinaan keseluruhan bangunan adalah dengan keharmonian rekabentuk struktur dan perancangan yang lengkap dan terperinci mengikut aturan pembinaan termasuk rekabentuk dalaman yang menakjubkan dan kemudahan persidangan yang amat canggih. 

Ini merupakan satu pencapaian dan penghormatan yang besar bagi IJM kerana dapat bekerjasama dengan pemilik, Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dan Arkitek terkenal Hijjas Kasturi Associates Sdn.  

Dengan kemahiran dan pelbagai sumber yang diperuntukkan dan komitmen dari pihak kakitangan projek, konsultan-konsultan dan para sub-kontraktor, projek ini telah dapat disiapkan lebih awal dari yang dijadualkan.  Selain itu, Pusat Konvensyen ini disiapkan dengan mutu kerja yang tinggi seiringan dengan moto IJM “Excellence Through Quality”.

Pusat Konvensyen Putrajaya telah berjaya disiapkan mengikut bajet yang memperlihatkan keupayaan IJM untuk menyiapkan projek-projek mega.  Ia akan menjadi lambang portfolio IJM bersama mercu tanda-mercu tanda lain negara : Mid Valley City, Istana Budaya dan Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, sebahagian besar  projek Lebuhraya Utara Selatan, KLIA Runway 2 dan yang terbaru, Jelutong Expressway di Pulau Pinang.

Ini jelas menunjukkan profesionalisma, komitment and semangat “Malaysia Boleh” yang ditonjolkan oleh para pekerja IJM.

 
© Copyright 2009 IJM Corporation Berhad. All rights reserved. Please read our disclaimer.